Tuesday, April 3, 2007
Perjuangan PAS Semakin Relevan

TEMERLOH, 1 April (Hrkh) - Naib Presiden PAS, Dato' Paduka Husam Musa berkata perjuangan PAS berasaskan Islam semakin relevan dalam keadaan negara yang sedang berhadapan dengan pelbagai masalah.

Katanya, dengan apa yang berlaku hari ini, di mana jenayah dan gejala sosial telah sampai ke tahap kritikal sehinggakan negara memerlukan pendekatan Islam untuk mengatasi masalah tersebut.

Beliau menyatakan demikian ketika berucap merasmi Mesyuarat Agung kali ke-20 PAS Kawasan Temerloh di Darul Amin, Sungai Gau, dekat sini.

Menurutnya, Umno yang berjuang di atas nama Melayu tidak akan mampu meningkatkan pencapaian orang-orang Melayu dalam bidang ekonomi dan sebagainya selagi Islam diketepikan daripada dasar perjuangan.

Ini kerana, selagi judi tidak haramkan sebagaimana dikehendaki hukum syarak selagi itulah orang Melayu dan Islam tidak akan mempu bersaing dengan bangsa lain dalam bidang perniagaan.

Beliau memberi contoh, bagaimana sebuah syarikat perjudian memperolehi keuntungan tahunan yang amat besar sehingga mencecah setengah bilion setahun berbanding dengan peniaga Melayu yang mendapat keuntungan kecil setiap tahun kewangan berakhir.

Dengan keuntungan yang besar serta nilai tunai yang tinggi itu, kata beliau syarikat judi tersebut mampu mengembangkan sayap perniagaanya dan menguasai pelbagai bidang sehingga mampu menguasai apa saja cabang perniagaan yang ada.

"Bila ini berlaku sampai bila pun orang Melayu tidak akan mampu untuk bersaing dengan mereka, itulah yang berlaku hari ini apabila kerajaan Umno tidak mengharamkan judi," ujarnya.

Pada majlis sama Husam turut membayangkan barisan kepimpinan Umno akan mengalami perubahan besar selepas pilihan raya umum nanti.

Katanya, masalah dalaman Umno mungkin akan menyebabkan parti itu kehilangan tokoh terkemuka daripada negeri Pahang dan jika ini berlaku harapan orang Pahang untuk mendapat Perdana Menteri daripada kalangan pemimpin Umno Pahang akan 'berputih mata'.

Mesyuarat Agung PAS Kawasan Temerloh menyaksikan Yang Dipertua PAS Kawasan, Ustaz Abdul Rahim Abdul Latif, Timbalan dan Naib Yang Dipetua PAS kawasan Abdul Majid Hassan dan Haji Jusoh Darus mengekalkan jawatan masing-masing.
posted by warshan @ Tuesday, April 03, 2007  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
 
about me

.."penyambung perjuangan..bukan pemula, bukan juga pengakhir..."
previous
archives
comments

Blog Friends

News

Islamik
TV PAS
 
Aspirasi